En. Azmi bin Darus (013-5966241 / 017-5077581)
Proses air nira nipah
Tandan yang telah tua akan banyak mengeluarkan air berbanding yang muda. Tandan pada awalnya dipotong tidak akan mengeluarkan air nira. Tandan tersebut akan dipotong mengikut cara tertentu yang kemudiannya lidah dibentuk untuk memudahkan air nira tersebut mengalir jatuh pada bekas (supaya tidak meleleh jatuh). Pisau yang digunakan tidak boleh diasah atau tajam kerana jika digunakan untuk memotong tandan tersebut akan menyebabkan air nira tersebut keluar dengan sedikit atau tidak akan keluar langsung. Pisau tersebut hendaklah diasah dengan cara tertentu supaya tandan tersebut dapat mengeluarkan air nira dengan banyak.
Sebelum dipotong, ianya perlu dilurutkan atau diketuk-ketuk dahulu (asuh) pada tangkainya agar ianya mudah untuk mengeluarkan air yang banyak. Kemudian tandan tersebut akan disapu dengan tanah dengan melurutkannya dengan kaki supaya dapat menghasilkan air nira yang lebih banyak.
Pada masa sekarang, kebanyakkan orang menggunakan kayu untuk melurutkan tandan tetapi ianya akan mengakibatkan tandan tersebut luka atau rosak menyebabkan air nira yang akan keluar menjadi sedikit. Tandan yang dipotong itu akan dikumpulkan airnya sebanyak tiga kali sehari (3 liter air nira). Tandan yang telah mati (tidak mengeluarkan air nira). Jika tandan tersebut telah kering maka air nira tidak dapat diambil lagi.
Selepas 8 jam dipotong,barulah air nira itu akan dikumpulkan dengan menggunakan botol atau plastik beg yang diikat pada tandan tersebut. Selepas 11 jam, air nira tersebut akan menjadi masam dimana berlakunya proses penapaian.
Jika cuaca panas, air nira yang dihasilkan daripada pokok nipah akan menjadi lebih manis berbanding kebiasaannya. Air nira yang telah dikumpulkan disimpan di dalam tempat yang sejuk akan menjadi lebih manis. Hasil pendapatan bagi penjualan air nira nipah pada satu hari untuk 10 tandan adalah berjumlah lebih kurang dalam Rm 100 dimana 1 liter air nira nipah dijual dengan harga rm 4.
Bezanya air nira daripada pokok nipah yang hidup di darat dengan air nira daripada pokok nipah yang hidup di sungai adalah air nira nipah sungai akan terdapat bau lumpur pada niranya serta ianya kurang manis berbanding dengan air nira nipah darat. Ini mungkin disebabkan tandan yang dipotong telah dimasukki air sungai ketika air pasang.
Buah nipah akan berbuah sekali dalam masa 5 bulan. Pada satu pokok nipah yang sama kadang kala terdapat dua tandan yang hidup tetapi hanya satu tandan sahaja yang boleh mengeluarkan air nira. Buah nipah yang tua akan berwarna merah kehitaman serta isi dalamnya keras manakala buah nipah yang muda pula berwarna merah cerah sedikit dan isinya yang lembut boleh dimakan.
Batang pokok nipah yang muda pula boleh dijadikan rokok daun. Salah satu bahagian pokok nipah yang dipanggil apung boleh dibuat menjadi garam. Air nira nipah juga boleh dijadikan manisan dan juga sebagai makanan yang boleh mengenyangkan perut. Buah nipah juga seperti buah kelapa dimana isi buah nipah boleh diparut untuk menghasilkan santan.
Proses pertumbuhan pokok nipah adalah seperti pokok kelapa di mana buah yang jatuh daripada pokok akan bercambah selepas seminggu. Air nira kelapa yang dipotong pada mayangnya akan dapat hasilnya seminggu selepas itu manakala air nira nipah sebulan selepas ianya dipotong.
Khasiatnya pula, menurut dua orang pelanggan beliau yang sudah berumur yang meminum air nira nipah, katanya akan menambah tenaga dalam badan untuk membuat sesuatu pekerjaan yang berat. Air nira nipah juga elok bagi sesiapa yang mempunyai penyakit kencing manis dan juga darah tinggi. Pernah juga satu ketika seorang jurujual produk minuman yang terkemuka datang untuk menjual produk tersebut telah melakukan sesuatu ujikaji dengan menggunakan mentol dan wayar elektrik untuk melihat perbezaan elektolit dalam badan jika menggunakan produknya dengan air biasa. Hasil ujikaji tersebut menunjukkan cahaya mentol yang terhasil daripada produknya lebih baik daripada air biasa. Kemudian jurujual tersebut cuba mencabar kehebatan air nira nipah yang dikatakan mampu mengubat penyakit dengan produknya. Ternyata air nira nipah lebih terang cahaya mentol yang terhasil berbanding cahaya mentol yang menggunakan produknya.
Tuesday, May 19, 2009
Monday, May 18, 2009
Friday, May 15, 2009
Welcome Notes
Alhamdululah...finally i managed to have my own blog. Insyallah I will update my blog frequently.
Thank You
Regards,
WS
Thank You
Regards,
WS
Subscribe to:
Posts (Atom)